Tip menukar lampin bayi

Tip menukar lampin bayi

Ditulis oleh: Staff

Topik: Anak

Bagi ibu bapa yang pertama kali menjaga bayi, anda pasti akan rasa gementar atau rasa tidak tenteram setiap kali hendak menukar lampin bayi anda. Anda jangan takut kerana proses pertukaran lampin bayi adalah ringkas dan senang sahaja. Lima minit pun sudah cukup untuk kesenangan diri anda dan bayi, saya cadangkan anda pilih sahaja lampin pakai buang.

 

Berikut adalah urutan menukar lampin bayi

 

1. Siapkan semua perkakasan seperti air,lampin pakai buang atau lampin biasa, bedak, kain basah dan segala perkakas lain yang anda rasa perlu.

2. Angkat bayi dan letakkan dia dalam keadaan yang selesa untuk bayi itu dan anda. Utamakan keselesaan si bayi. Pilih posisi yang senang dan selesa untuk diri anda menukar lampin bayi anda itu.

3. Cabut lampin lama dan bersihkan bahagian badan bayi dengan kain basah. Jika ada kotoran yang terlekat pada kulit bayi, anda kesat dahulu kotoran itu dengan lampin lama. Selesai mengesat, anda bersihkan bahagian kemaluan bayi dengan kain basah. Pastikan betul – betul bersih kerana kita tidak mahu kuman yang tertinggal akan menjangkiti si bayi.

cara-menukar-lampin-bayi

4. Pakaikan bayi anda dengan lampin baru. Pastikan lampin itu terikat kemas. Jangan biarkan ia menggelebeh atau tidak ketat. Jika ia longgar, ia pasti akan tercabut. Bayi tanpa lampin pasti akan menyusahkan anda kelak.

5. Bersihkan tempat anda menukar lampin bayi tadi. Jika kotoran tertumpah, anda bersihkan terus. Jangan tangguh .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!