Tip menjaga bayi untuk beberapa minggu pertama

Tip menjaga bayi untuk beberapa minggu pertama

Ditulis oleh: Staff

Topik: Anak

Pada beberapa minggu pertama, ada dua perkara yang anda perlu beri perhatian ketika menjaga bayi anda. Dua perkara tersebut adalah tidur dan menyusu.

Menyusu

Sebolehnya pada enam bulan pertama, anda berilah bayi anda susu ibu. Pada enam bulan pertama, sistem perut anak anda tidak kuat lagi untuk memproses makanan yang rumit. Jadi, makanan selain susu ibu termasuk susu formula mungkin akan beri kesan pada sistem perut anak anda.

Jika anda degil juga mahu beri bayi anda susu formula, pastikan campuran susu itu tepat. Jika anak anda ada tunjukkan kesan seperti muntah – muntah, tersesak nafas dan sebagainya, berhenti berikan dia susu formula itu dan terus rujuk pada doktor.

Apabila anda lihat sahaja bayi anda meminta susu, terus sahaja menyusu dia. Biasanya setiap tiga atau empat jam, bayi anda mahu menyusu. Tanda paling utama bayi anda inginkan susu adalah dia menangis tiba – tiba selepas kali terakhir dia menyusu pada tiga atau empat jam yang lalu.

tips-menjaga-bayi

Masa tidur

Bayi selalunya akan tidur 10 hingga 23 jam sehari. Jika dia tidur kurang dari 10 jam, anda perlu rujuk bayi anda  di hospital kerana dia mungkin sakit. Sebelum bayi anda tidur, pastikan dia sudah makan, buang air kecil dan air besar, dan lampinnya sudah di salin baru.

Siapkan tempat tidur yang selesa untuk bayi anda. Kalau boleh, anda hadkan pergerakan bayi anda dengan meletak halangan di sekelilingnya. Ini penting supaya bayi anda tidak cedera kerana bergerak terlalu banyak ketika tidur.

Selain dua perkara di atas, anda juga perlu perhatikan keadaan buangan air kecil ( air kencing) dan air besar ( tahi) bayi anda. Buangan air besar yang baik adalah ia lembut dan berwarna kuning. Selalunya bayi anda akan kerap buang air kecil atau besar iaitu tiga atau empat jam sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!