Tip mengajar bayi anda bercakap

Tip mengajar bayi anda bercakap

Ditulis oleh: Staff

Topik: Anak

Sebagai ibu bapa yang tidak ada pengalaman mendidik bayi, pasti anda tertanya – tanya bagaimana hendak mengajar bayi anda bercakap.

Bagaimana bayi belajar bercakap?

Seperti yang anda tahu, cara pertama bayi bercakap adalah dengan menangis. Apabila dia menangis, dia sebenarnya berharap anda akan memujuk dan memberi keselesaan pada dia. Cara anda menenangkan bayi anda  akan mempengaruhi cara bayi anda bercakap.

Ini kerana apabila dia menangis,dia sebenarnya berkomunikasi dengan anda. Cara anda memberi respon pada tangisan dia akan di jadikan asas untuk dia belajar cara berkomunikasi dengan manusia yang lain.

Pada umur bayi anda dua bulan, dia biasanya sudah pandai memberi respon pada percakapan anda. Caranya adalah dengan merenung mata anda , senyum atau gelak setiap kali anda bercakap pada dia.

Apabila umurnya meningkat pada  enam bulan, bayi anda akan mula menggerakkan mulutnya untuk bercakap. Dia  akan  keluarkan suara tetapi tidak jelas kedengaran  butir – butir percakapannya. Selepas itu, sedikit demi sedikit apa yang dia perkatakan akan jelas kedengaran. Akhirnya dia akan berjaya  bercakap perkataan penuh pertamanya.

mengajar-anak-bercakap

Tip mengajar bayi anda bercakap

  1. Ajar anak anda nama benda. Contohnya, anda tunjukkan kereta dan ajar anak anda untuk menyebut kereta. Ajar anak anda nama benda yang mudah seperti pinggan, garfu dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda kenalkan dia cara untuk menyebut dengan betul.
  2. Sentiasa bermain dengan bayi anda. Ketika bermain, bayi anda akan berlajar cara untuk bercakap, dengar dan memberi tindak balas.
  3. Ajar bayi anda membaca . Pada awalnya, dia tidak akan beri perhatian. Namun, lama kelamaan dia mula rasa berminat untuk membaca.
  4. Balas percakapan bayi anda. Jika dia bersuara, anda ajuk suara dia sambil buat muka pelik. Biar dia ketawa. Apabila dia ketawa, dia akan bersuara lebih. Secara tidak langsung, proses belajar dia akan jadi lebih cepat.

Sebolehnya, anda jangan sesekali gunakan nada yangkeras dan kasar pada bayi anda kerana hati mereka sangat takut pada kemarahan dan kekerasan. Proses mereka belajar bercakap mungkin akan terganggu jika mereka di marahi atau di layan secara kasar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!