Ada dua cara anda boleh beri susu pada bayi anda iaitu melalui susu ibu atau melalui susu botol.
Jika anda beri anak anda susu melalui botol, anda perlu pastikan susu yang di beri tidak tercemar, botol yang di gunakan tidak tercemar dan puting susu tidak tercemar. Susu pula tidak boleh terlalu sejuk atau terlalu panas., sedang – sedang saja suhunya.
Pegang kemas – kemas bayi anda ketika anda mendokong dia di atas riba untuk memeberi susu melalui botol. Seperti menyusu dari ibunya, anda tukar kedudukan kepala bayi anda dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri supaya seimbang otak kiri dan kanan.
Letakkan puting botol ke dalam mulut bayi sebaik sahaja dia buka mulutnya. Sebelum itu, pastikan puting botol itu penuh dengan susu, bukan dengan udara supaya bayi anda akan terus minum susu dan tidaklah perutnya akan kembung dengan udara nanti. Untuk tamatkan pemberian susu, anda tarik sahaja puting botol susu itu dari mulut bayi anda.

Menyusu dengan ibu.
Menyusu terus dari ibu memberi pelbagai kebaikan pada diri anda. Antara kebaikannya adalah
- Anda tidak perlu membancuh susu.
- Anda tidak perlu menyediakan botol susu.
- Anda tidak perlu pening kepala memikirkan kandungan susu dan sebagainya.
Anda cuma perlu suapkan bayi terus dari sumber susunya. Untuk memastikan bayi anda mudah untuk menyusu, pastikan seluruh puting payudara anda berada dalam mulut bayi anda.
Cabaran paling utama menyusu dengan susu ibu adalah jika anda tersilap postur badan, belakang dan tengkuk anda akan sakit. Pastikan diri anda duduk dengan selesa, barulah anda mulakan aktiviti penyusuan.
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Biarpun nampak seperti menyusahkan, itulah kenikmatan sebenar menjadi seorang ibu.

















Update Dari Twitter

Ditulis oleh: Staff
Topik: Anak