Punca Cerai dan Tips untuk mengelakkan perceraian

Punca Cerai dan Tips untuk mengelakkan perceraian

Ditulis oleh: Staff

Topik: Tips Hubungan

Masalah perceraian kini semakin menunjukkan peningkatan dari sehari ke sehari, malah semakin teruk. Berikut adalah beberapa masalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan pasangan hari ini yang menyebabkan perceraian serta tips bagaimana untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada berlakunya perceraian.

 Lebih Mengutamakan Kerjaya

Kerjaya sering kali menjadi faktor yang menjejaskan hubungan rumahtangga seseorang. Sentiasa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab untuk meluangkan masa bersama pasangan atau menjadikan pasangan sebagai tempat melepaskan tekanan kerjaya akan menyumbang kepada punca masalah perkahwinan.

Hubungan suami isteri akan menjadi renggang dan semakin berlarutan sehingga membawa kepada perceraian. Teramatlah penting untuk anda menghabiskan masa bersama pasangan dengan sekerap mungkin agar hubungan anda bersama pasangan sentiasa hangat dan bahagia. Ketika bersama, elakkan daripada berbual tentang topik yang boleh menyebabkan pertengkaran dan pastikan ianya tidak menyusahkan pasangan anda.

Sentiasa Bercanggah Pendapat dan Sering Bergaduh

Perkongsian dan persefahaman dalam membuat sebarang keputusan dalam perhubungan amat penting untuk menjamin rumahtangga yang bahagia. Sebenarnya, masalah dalam perkahwinan itu biasa dan menjadi lumrah kepada setiap pasangan.

Bagaimana anda mengawal, apa cara yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah itulah yang menjadi tanda aras  kepada perkahwinan anda. Segeralah cari penyelesaian kepada masalah anda dan jangan biarkan hari-hari sentiasa penuh dengan pertelingkahan dan perselisihan faham. Normal untuk setiap pasangan berselisih faham, namun ia akan menjadi tidak normal untuk bergaduh dan berselisih faham setiap saat, setiap masa malah terbawa-bawa sehingga ke bilik tidur.

Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinan anda sekiranya ia berlaku dan perceraian mungkin akan menjadi jalan terakhir jika anda tidak segera menyelesaikannya. Jadi, sentiasalah bertolak-ansur antara pasangan dan sentiasa berusaha untuk memahami budi pekerti, kehendak dan kemahuan pasangan kita agar ianya tidak membawa kepada pertelingkahan.

perceraian

Bersikap Terlalu Mudah untuk Bercerai

Jika dulu, perceraian merupakan perkara yang paling tidak disukai keluarga dan masyarakat umumnya. Namun, keadaan pada hari ini jauh berbeza kerana kebanyakan orang kini semakin terbuka dan menganggap perceraian itu perkara biasa dan tidak perlu diambil berat.

Perceraian diterima sebagai pilihan atau jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah, bukannya sebagai jalan terakhir. Kini, rakan-rakan sendiri yang banyak kali menyokong dan menggalakkan perceraian, sedangkan perceraian merupakan perkara yang cukup dibenci oleh Allah SWT.

Kepada setiap pasangan yang sedang dalam dilema dan sentiasa memikirkan perceraian sebagai penyelesaian masalah mereka, fikirlah berkali-kali lagi sebelum membuat keputusan sebegitu!

Adakah keputusan itu dibuat kerana perasaan marah, atau adakah anda benar-benar sudah berhenti mencintai dia? Kadang-kadang dengan bersikap lebih sabar dan tabah, sesuatu masalah pasti dapat diselesaikan dan perceraian pasti tidak akan  berlaku semudah itu.

Sebab-sebab ini adalah salah satu daripada banyak sebab yang menyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi. Berusahalah dan berjanjilah kepada diri anda bahawa anda sekali-kali tidak akan berfikir untuk bercerai jika berlaku sebarang masalah dalam perkahwinan. Katakan tidak kepada perceraian!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. rizal says:

    salam..saya tiggal d kajang manakala isteri d putrajaya.tp stiap jmaat,sabtu,ahad sy akan blk putrajaya.saya telah bergaduh besar dengan isteri shingga saya tidak yg sy telah berkata “aku ceraikn ko dngn talak 1 bodoh” sedangkn sy terfikir hanya untok berkata “ko nk cerai talak 1 ke bodoh”.saya menjadi tanda tanye sekarang..adakah lafaz saya ni sah sedangkn sy tidak yg saya telah berkata begitu.di harus sy rujuk skre nye sy kembali ke pytrajaya.tolong saya…saya merana sekarang ini.

    • saeda says:

      gi mahkamah, buat pengesahan lafaz cerai .utk pastikan samada lafaz tu jatuh @ tidak. kalau awak tak de niat nak ceraikan isteri, tapi terlafaz sebab kerana terlalu marah, talak tak jatuh. untuk lebih kepastian, rujuklah di mahkamah. kerana setiap permasalahan dlm perkahwinan melibatkan hukum agama.

  2. rizal says:

    salam..saya tiggal d kajang manakala isteri d putrajaya.tp stiap jmaat,sabtu,ahad sy akan blk putrajaya.saya telah bergaduh besar dengan isteri shingga saya tidak sedar yg sy telah berkata “aku ceraikn ko dngn talak 1 bodoh” sedangkn sy terfikir hanya untok berkata “ko nk cerai talak 1 ke bodoh”.saya menjadi tanda tanye sekarang..adakah lafaz saya ni sah sedangkn sy tidak sedar yg saya telah berkata begitu.di mana harus sy rujuk skre nye sy kembali ke pytrajaya.tolong saya…saya merana sekarang ini.

  3. nornajwa hanna says:

    aslkum sy pernah di ceraikan dengan talak 1 tetapi x sampai 2 hari kami rujuk balik..sy takut benda ini berulang lagi..bantulah sy..

  4. sue says:

    salam..saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata.. suami merupakan anak kesayangan mak mertua saya dan seorang yang komited dengan kerjayanya sehingga saya rasa terabai. kami sering selisih faham walaupun mengenai perkara2 kecil. Sudah pelbagai cara saya cuba untuk mencari kebahagian namun tidak berkesan. perasaan sayang terhadap suami semakin pudar tetapi untuk berpisah saya tidak sanggup. bantulah saya,saya tidak tahan menanggung derita. apakah jalan terbaik yang patut saya lakukan? adakah saya perlu berpisah untuk mengelakkan saya menjadi isteri nusyuz?

  5. DoctorLuv says:

    Dear Sue,

    Dugaan perkahwinan adalah diantara < 5 tahun, <10 Tahun dan <20 tahun. Setiap pasanagan memerlukan kira-kira 3 – 5 tahun untuk mengenali/memahami diri pasangan masing2. Terimalah suami atau isteri anda, dengan seadanya i.e redha dengan kebaikan dan keburukan diri pasangan anda.

    Lontarkan jauh2, perasaan negatif kepada pasangan anda…kerana ini adalah hasutan jin & iblis untuk melihat manusia porak-poranda serta runtuhnya masjid yang dibina. Oleh itu, terimalah dengan seadanya/redha dengan jodoh/pasangan anda yang tuhan telah dorongkan… Be open, perbaiki kelemahan diri masing2, dan work for it together…

    Insyallah…tuhan akan senentiasa bersama orang2 yang berusaha.

  6. yusnea says:

    sdh 4bln sy berumah tangga dan sepanjang perkhawinan kami si suami sering melafazkan kata2 “pergi berambus kau dari rumah aku jangan kau balik sini lagi”. Dan sy sbg isteri tak tahan dgn kata2 nya lansung sy minta cerai darinya. Ini sering terjadi bila kami bergaduh.

  7. ishida says:

    salam saya sudah berkahwin selama 2tahun..dan anak baru berusia 2bulan. suami ada mengatakkan yang dia nak melepaskan saya di sebabkan kami tidak sefahaman lagi.sudah banyak kali saya bersabar dari mula berkahwin sampailah sekarang dia tidak mampu memberi nafkah pada saya, akibatnya saya yang menanggungnya tiap bulan, walaupun dia bekerja tetapi gaji tidak mencukupi, saya tidak pernah berkira kalau dia memerlukan duit utk pergi kerja dan makan. masalahnya sekarang dia tak duduk sebumbung dgn sy lagi,dia meninggalkn sy dan anak, di sbbkan dia tidak suka mama sy, sy x tahu mengapa,sudah sy bertnya kpd suami tetapi dia menjawab dia tidak sukakan mama sy balik2 itu yang dia cakap.mama sy seorang ibu tunggal sy terpaksa duduk serumah dengan mama sy, suami sy pn setuju dgn sy ketika sebelum kahwin tetapi sejak sy melahirkan anak dia sudah mula berubah tidak mahu balik ke rumah sy, dia sanggup tinggalkan sy utk duduk bersama kedua ibu bapanya di banting.sy tidak tahu apa salah mama sy selama ni mama sy melayan suami ibarat seorang anak sbb mama sy tiada anak lelaki sy anak tunggal sekarang ni suami sy nekad utk berpisah

    • zeta says:

      Ishiha..sy rasa mungkin husband awak dah lama pendam rasa tu.. mungkin ada teguran dr mak awak yg x sengaja menyentuh perasaan dia…lg pun awak yg selama ni byr mcm2. Mak awak yg dok serumah perasan la… org laki mmg ego dan sensitif … sbb tu dlm islam soh cari sekufu

  8. lisa says:

    Salam…sy lisa dr sarawak…sy nk tnya mcm mna nk jd istri yg baik di mata suami..sy tlh berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata…hubungan sy dn suami sy dah tak mcm dulu…dia sering menolak kalau sy ajak bersama…sy sangat sayang kn suami sy..mcm mana sy nak terus kan hubugan seperti dulu…bantu la sy…sy sering menangis melihat suami sy berubah mcm tu saja.

    • zeta says:

      Lisa…biasa la dlm rmh tangga naik turun..cuba la pergi semula ke tempat2 lama yg boleh membangkitkan semula rasa cinta . Mungkin suami stress kerja. Ape2 pun always think positif. Lg satu kita kena la kenal rapat ngan kwn2 dia spy kalau dia buat hal kita blh siasat dulu..jgn sesekali keluarkan kata buruk sangka sbb org laki mmg pantang dicabar

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!