Perkara – perkara yang tidak wajib untuk anda lakukan dalam sesuatu majlis perkahwinan

Perkara – perkara yang tidak wajib untuk anda lakukan dalam sesuatu majlis perkahwinan

Ditulis oleh: Staff

Topik: Perkahwinan

Bagi anda yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan, berikut adalah senarai perkara – perkara yang tidak wajib anda lakukan dalam sesuatu majlis perkahwinan.

 

  • Kumpulan kompang, berzanji atau silat – Anda tetap sah berkahwin walaupun tiada paluan kompang, nyanyian zanji atau pertunjukkan silat pengantin. Jadi, anda tidak perlu paksa diri anda untuk keluarkan modal untuk mengupah kumpulan kompang dan sebagainya. Jika anda ada modal itu lain ceritanya.
  • Pelamin untuk bersanding – Bersanding tidak termasuk dalam syarat sah  nikah. Jadi, anda boleh abaikan sesi bersanding jika anda tidak mampu untuk sediakan pelamin untuk bersanding.
  • Memberi cenderahati pada tetamu yang datang – Anda tidak wajib untuk memberi cenderahati pada tetamu yang hadir seperti bunga telur dan sebagainya. Jadi, jika anda ada bajet untuk 100 cederahati sahaja, anda boleh teruskan niat anda tanpa rasa bersalah jika 100 cederhati itu habis di agihkan.
  • Nasi minyak dan  lauk ayam – Di sebabkan kebanyakan majlis perkahwinan yang berlangsung di Malaysia menyajikan makanan nasi minyak, ramai pasangan berkahwin ingat perkara itu wajib. Sebenarnya, ia tidak wajib dan anda boleh sajikan apa sahaja makanan yang anda suka pada tetamu – tetamu yang hadir.
  • Hiburan tambahan seperti joget lambak – Hiburan tambahan seperti joget lambak, nyanyi karaoke juga adalah tidak wajib. Jadi, anda tidak perlu memaksa diri anda untuk keluarkan bajet menjayakannya.
  • Adat merenjis air mawar – jika anda tidak suka atau tidak faham mengenai adat merenjis air mawar, anda boleh abaikan sahaja.
  • Memakai dua hingga tiga helai baju pengantin – Sekarang ada trend terbaru iaitu bernikah dengan baju lain, bersanding dengan baju lain dan makan dengan baju lain. Perbuatan menukar baju pengantin adalah tidak wajib.
  • Bertukar barang hantaran – Barang hantaran adalah adat turun menurun masyarkat melayu dan bukannya syarat wajib sah nikah. Jika anda tidak mampu untuk sediakan barang hantara untuk pasangan anda, anda boleh berbincang dengan keluarga pasangan anda untuk tidak adakan sesi pertukaran barang hantaran.

 

Semoga perkara – perkara yang di senaraikan di atas boleh membantu anda untuk membuka minda anda dan membolehkan anda melangsungkan majlis perkahwinanmengikut kemampuan anda tanpa rasa bersalah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!