3 Punca Utama Perceraian Yang Tidak Anda Sedari

3 Punca Utama Perceraian Yang Tidak Anda Sedari

Ditulis oleh: Staff

Topik: Tips Rumahtangga

Masalah Perceraian

Terdapat banyak sebenarnya punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian dalam sesebuah rumahtangga.Berikut saya kongsikan bersama anda 3 diantaranya. Punca-punca ini dipetik dari ebook “99 Punca Perceraian” :

Punca yang pertama ialah kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan

Ini merupakan salah-satu punca dan faktor berlakunya perceraian di kalangan pasangan suami-isteri yang paling utama. Ia boleh dikatakan terletak di tangga teratas senarai punca-punca perceraian yang lain.

Komunikasi yang lemah dan tidak berkesan boleh mengundang salah-faham. Ini akan membuatkan samada salah-satu pihak kurang jelas serta kurang faham apa yang disampaikan oleh satu pihak lagi. Seterusnya membuatkan tafsiran tepat atau pemberian output ketika berkomunikasi itu tidak seperti yang dimaksudkan oleh pemberi mesej.

Dalam bahasa mudahnya, “Lain yang dicakap, lain yang difaham.”

Punca kedua pula ialah tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri

masalah perceraian

Mengikut statistik dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis tahun 2010, masalah dalam pengurusan kewangan keluarga merupakan punca nombor 1 kes perceraian kian meningkat di negeri itu.Masalah utama dalam hal pengurusan kewangan terjadi akibat daripada wang bulanan yang keluar lebih banyak jumlahnya berbanding wang yang masuk (pendapatan) setiap bulan.

 

Ini boleh berlaku kerana menanggung hutang yang terlalu banyak dan di luar kemampuan.

Masalah Perceraian

Punca yang ketiga ialah tidak mengambil berat tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam

Walaupun anda fikir perkara ini nampak macam remeh, tapi kesannya memang amat mendalam jika tidak diambil serius.Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan perintah Allah ini, hidup keluarga mereka memang tidak akan sesekali tenteram dan tidak akan mendapat lindungan rahmat Allah.

Hukum solat 5 waktu sehari adalah WAJIB. Jika anda tinggalkannya, anda akan berdosa.

Jika pasangan suami-isteri itu tidak melakukan solat, hati mereka akan mula menjadi ‘hitam & keras’. Lalu teramat mudahlah untuk terjadinya pergaduhan dan konflik yang akan membawa kepada pertimbangan yang tidak rasional seperti cepat melatah.

Lebih teruk lagi, tak mustahil akan berakhir dengan perceraian.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi punca perceraian agar diri anda lebih bersedia untuk elakkan daripada ianya berlaku, klik disini untuk maklumat lanjut.

 

 

Artikel : Masalah perceraian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!