Lima cara untuk memikat lelaki

Lima cara untuk memikat lelaki

Ditulis oleh: Staff

Topik: Rahsia Lelaki

Tips memikat lelaki

Adakah anda sering dibelenggu cinta bertepuk sebelah tangan? Anda amat memintai dia kerana dia adalah yang anda cari selama ini? Kerana perawatakkan itu seperti ‘Mr Right‘? Namun ada binggung bagaimana harus anda lakukan untuk memikatnya. Berikut adalah serba sedikit cara yang dapat membantu anda untuk mempersiapkan diri bagi memikat si dia.

Cara pertama : Kecantikanmemikat lelaki

Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata – mata.  Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas.  Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat.

 

Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia

Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka juga sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya. Lebih-lebih lagi lelaki adalah seorang yang penuh dengan cita-cita. Oleh sebab itu seringkali dilihat lelaki ini adalah merupakan seorang yang mempunyai sifat ‘mengawal’ namun semua itu perlu mempunyai ‘penyokong’ bagi memastikan ia berjaya.

 

Cara ketiga : Jadi diri sendiri

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata – mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri. Oleh itu elakkan menggangap diri anda serba kekurangan, tetapi anda harus lebih prihatin terhadap kebolehan anda dan elakkan menjadi orang yang bersikap kepura-puran kerana itu hanyalah sementara dan lelaki akan dapat mengesan tindakan anda seterusnya memburukkan lagi keadaan anda dalam usaha untuk memikatnya.

 Tips Memikat Lelaki

Cara keempat : Jangan cepat menyerah

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda ‘jual

cara memikat lelaki

mahal’ sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda. Hal ini sudah pastinya kerana perempuan mempunyai tradisi yang di namakan ‘dipinang’ atau ‘dilamar’ dan yang pastinya betullah kata pepatah, “takkan perigi mencari timba”.

 

Cara kelima : Jadi pendengar yang setia

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia. Sedarlah bahawa lelaki amat meminati wanita dan mesra denganya sekiranya anda menujukkan minat terhadap apa yang dia suka.

Anda juga mungkin ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan doa pengasih, klik disini.

Artikel : tips memikat lelaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. AYU says:

    ANGAH pernah sukakan saya tapi saya buat x layan dengan ANGAH kerana saya x kenal ANGAH lagi …, ANGAH berusaha untuk mendapatkan saya,ANGAH selalu suruh saya jumpa dia tapi ANGAH sendiri yang jumpa dengan saya,ANGAH bercakap dengan saya dia sayangkan saya,dia cintakan saya,tapi saya buat x layan,kalau saya buat x dengar ANGAH akan panggil nama saya AYU,tapi sekarang sAYA X jumpa ANGAH lagi kerana saya x tahu dia pergi ke mana,selalunya saya nampak kereta ANGAH tapi sekarang dah X…XXXXXX LAGI

Trackbacks untuk post ini

  1. Tip Memancing Cinta Lelaki - Seks Melayu. Blog Informasi Kesihatan Seks

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!