Lima bukti dia sayang anda

Lima bukti dia sayang anda

Ditulis oleh: Staff

Topik: Tips Hubungan

Dia sayang anda?

Berikut adalah lima bukti dia sayangkan anda.

Pertama : Dia luahkan kata sayang dan cinta pada anda

Setiap kali dia ada kesempatan untuk luahkan rasa sayang, dia akan lakukannya. Dia tidak luahkan secara berpura – pura. Sebaliknya luahan itu datang dari hatinya yang ikhlas. Keadaan ini juga seringkali membuatkan dirinya menjadi tak keruan dan berasa gembira bila bersama dengan anda.

Kedua : Dia luangkan masa untuk bersama dengan anda

Dia sayangkan anda jika dia sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan anda. Kadangkala, dia sanggup mengorbankan masa berharga dia untuk bersama dengan anda. Dia juga rasa bahagia jika dapat meluangkan masa bersama dengan anda. Ada masanya dia akan menjadi lalai ketika itu. Fikiranya hanya ingin bersama anda.

Ketiga : Dia berikan anda hadiah yang banyak

Dia sayangkan anda jika dia selalu memberi anda hadiah walaupun tiada tujuan. Apa sahaja yang anda minta, dia akan cuba dapatkan dan jika dia tidak berjaya, dia akan gantikannya dengan yang lain. Perasaan sayang membuatkan dia selalu ingin memberi sesuatu kepada anda walaupun barang tersebut kecil.

Keempat : DIa selalu tolong anda

Apabila dia selalu menolong anda, dia sememangnya sayang akan diri anda. Kadangkala , hal yang kecil pun dia sanggup turun padang dan tolong anda. Seringkali perkara yang harus dilakukanya diketepikan demi bersama dengan anda. Adakalanya dia akan bertanya sesuatu yang boleh dibantu untuk anda. Menyibukan diri untuk anda.

Kelima : Selalu tanya khabar..sayang
Jika dia selalu ‘sms’ dan telefon bertanyakan khabar pada anda, dia memang sayang pada anda. Selalunya dia akan kerap bertanya mengenal hal – hal anda kerana dia ambil berat. Setiap hari pasti ada saja pertanyaannya kepada anda. Dan apabila menghantar ‘sms’ pasti panjang lebar dan diselingkan dengan luahan sayang kepada anda.

Jika situasi ini berlaku kepada anda, dan jika anda sukakan dia, nasihatinya untuk fokus kepada tugasnya dan hanya bertemu atau berbual di waktu yang tertentu. Alihkan ‘tenaga’ perasaan kasih sayang ke arah kejayaan. Dengan itu dia akan lebih berusaha untuk memberikan kasih kepada anda dengan cara yang baik.

“tip kasih sayang”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. Shah Othman says:

    Saya setuju, jika kita ingin mengetahui adakah seseorang itu sayang kepada pasangannya, orang tersebut akan melakukan ‘pengorbanan’ dengan rela hatinya. Beliau juga akan sudi membantu pasangannya tanpa rasa berat hati.

  2. dyana_ucuk says:

    Alhamdulillah…aku bhagia skrang..si dia dh beri yg tbaik utk aku…

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!