Kekasih lebih tua atau muda?

Kekasih lebih tua atau muda?

Ditulis oleh: Staff

Topik: Rahsia Lelaki, Rahsia Wanita

Cinta tidak mengenal usia, bangsa, negara dan perasaan cinta itu tiada batas. Salahkah mempunyai kekasih yang jarak usianya jauh lebih muda atau lebih tua dari korang? Tidak salah asalkan korang tidak menggangu kebahagiaan orang lain. Apa yang penting di dalam perkara ini adalah persepsi korang terhadap erti sebuah perhubungan.

 

Biarlah berbeza jarak usia asalkan korang tetap mencintai antara satu sama lain. Ianya tidak salah. Cinta itu sesuatu yang sangat luas pengertiannya. Asalkan tidak melampaui batas batas norma masyarakat dan agama, tiada masalah sebenarnya untuk korang bercinta dengan seseorang yang jauh lebih tua atau lebih muda.

 

Jangan risaukan kata kata orang, kerana yang bercinta itu korang, bukannya mereka. Pendapat yang baik, ambillah dengan hati yang terbuka manakala buanglah kritikan yang menghina dan menjatuhkan korang. Atasi semuanya dengan buat tidak tahu saja. Lama kelamaan persepsi buruk orang terhadap korang dan pasangan akan hilang juga nanti ditelan masa.

 

Apa yang sebenarnya korang perlu fikirkan adalah cara untuk membuatkan hubungan korang pasangan makin mesra dan serasi biarpun berlainan era usia. Ada yang senang bercinta dengan lelaki muda dan ada juga yang tidak kisah bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

 

Itu semua terpulang kepada individu. Korang yang bercinta jadi koranglah yang perlu bertanggungjawab di atas cinta itu. Seperti juga dengan pasangan pasangan yang lain, korang juga tidak akan terlepas daripada masalah. Dan rasanya masalah korang yang utama adalah masalah pemikiran yang berbeza.

 

Yelah, lain era lain pendapatnya. Tetapi korang boleh selesaikan masalah itu. Jangan runsing kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang dan pasangan dapat mengambil pendekatan saling bertolak ansur dan saling memahami, itu sudah cukup.

tua-atau-muda

Antara yang selalu terjadi dalam kes pasagan berlainan usia ini adalah lelaki yang bercinta dengan wanita yang lebih tua, gadis yang bercinta dengan lelaki lebih muda dan gadis yang bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

 

Apa pun kategorinya, ia bukan satu masalah. Bercinta sajalah tanpa mendengar kata kata sinis dari orang lain. Asalkan korang dan pasangan bahagia. Siapa kata percintaan berlainan faktor usia tidak boleh bahagia? Boleh je, tapi sudah lumrah manusia ini yang sering mencari kesalahan dalam sesuatu benda.

 

Jika ditakdirkan korang menerima jodoh dengan seseorang yang jauh faktor usia, terimalah dengan hati yang terbuka. Cinta kan tetap satu cinta. Yang berbeza itu usia, bukannya perasaan korang. Perasaan korang berdua adalah sama, iaitu saling mencintai.

 

Pedulikan kata kata orang lain. Hiduplah dengan tenang dan gembira dan buktikan yang korang dan pasangan juga bahagia seperti orang lain. Hilangkan mentaliti masyarakat yang memandang serong terhadap hubungan atau perkahwinan dengan faktor jarak umur yang jauh berbeza ini. Apa yang korang boleh lakukan untuk menghiraukan kata kata orang adalah, ikat segera ikatan percintaan itu dengan perkahwinan yang sah.

 

Pasti kata kata buruk orang lain akan hilang juga nanti. Senang cerita, jadilah seseorang yang kebal dalam menerima kata kata tidak baik dari orang lain. Pekakkan telinga, kalau korang dengar cakap orang pun bukannya ada kebaikan kan? Makin merosakkan hubungan korang dan pasangan lagi adalah.

 

Tidak dinafikan, pasti sedikit sebanyak akan timbul masalah untuk memahami pasangan kan? Korang memang berkongsi satu rasa cinta yang sama tetapi lumrah kita cuma manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula korang dan pasangan. Sebagai contoh, pandangan korang terhadap sesuatu seperti muzik misalnya, sudah pastilah lain.

 

Lagi panjang beza jarak umur korang dan pasangan, lagilah ada macam macam pandangan yang berbeza nanti. Hehe. Tapi tidak apa, ia sekurang kurangnya akan membuatkan korang lebih memahami di antara satu sama lain. Antara beberapa kategori percintaan jarak jauh usia ini adalah :-

 

Lelaki muda bercinta dengan wanita lebih tua

 

Dalam hal ini, jelas lah bahawa si lelaki itu yang perlu pandai jaga hati teman wanitanya atau isterinya. Kita ambil konteks dalam sebuah perkahwinan lah ya. Wanita ini sebagaimana yang kita tahu, mempunyai hati yang sangat sensitif, apatah lagi wanita yang sudah berusia, pasti hatinya akan lebih cepat terasa dengan sesuatu.

 

Sebagai seorang lelaki yang membuat keputusan untuk menerima wanita lebih tua sebagai pasangan, dia haruslah bersedia lebih awal. Bersedia dengan ilmu sifat sifat wanita, kalau tak banyak, sedikit pun jadilah, agar dapat mengharmonikan rumah tangga nanti.

 

Ada yang mengatakan, apabila seorang lelaki mudah berkahwin dengan wanita yang lebih tua, wanita itu akan bersikap bossy atau queen control Ini sebenarnya tidak benar. Memang ada tapi tidak semua. Korang yang pilih sendiri pasangan korang, jadi mesti korang tahu hati budi dia macam mana kan?

 

Sebagai seorang lelaki dan suami, walaupun usia korang lebih muda daripada isteri, tanggungjawab korang tetap sama seperti lelaki lelaki lain. Jangan jatuhkan tanggungjawab menjaga rumah tangga kepada isteri sahaja. Ada sesetengah lelaki memang suka ambil kesempatan terhadap isteri yang umurnya lebih tua.

 

Tapi korang tak macam tu kan? Korang yang memilih untuk menerima pasangan yang berusia jauh lebih tua ini pastinya seorang yang sangat bertanggungjawab. Apa lah yang ada pada usia? Lagi satu yang perlu korang tahu, isteri yang umurnya lebih tua dari suami ini sangat sensitif dengan kecantikan dan paras rupa. Mereka akan cenderung untuk cemburu pada gadis gadis yang lebih muda.

 

Di sinilah korang sebagai suami yang baik perlu ambil peranan. Selalulah memuji kecantikan dan kelebihan yang ada padanya. Layan isteri korang seperti korang layan seorang puteri supaya dia tidak merasa kekurangan. Bantu dia dalam menjalani hidup seperti pasangan biasa.

 

Jangan pula selalu merungut dan lemparkan kata kata negatif pada dia. Kalau bergaduh atau salah faham, jangan sesekali lancang mulut dengan mengungkit sesuatu yang ada kena mengena dengan faktor perbezaan usia korang. Terasa hati dia nanti. Orang kata berdosa isteri kalau sakitkan hati suami, tetapi suami juga berdosa apabila menyakitkan hati isteri secara sengaja.

 

Wanita muda bercinta dengan lelaki separuh abad

 

Pertama sekali, apa yang terlintas dalam fikiran masyarakat mengenai perhubungan jenis ini?

“Eh, macam anak dengan ayah”

“Entah entah ambil suami orang!”

Hehe, macam macam kan? Selagi kita hidup, selagi itulah kita tidak akan dapat menutup mulut orang lain. Jadi abaikan saja. Tak salah pun kalau korang yang masih muda ini berkahwin dengan lelaki separuh abad. Asalkan korang tidak merampas hak orang lain atau mengganggu rumah tangga orang lain.

 

Lelaki separuh abad ini kadang kala lebih bertanggungjawab daripada lelaki muda. Tidak kiralah lelaki separuh abad itu duda atau masih bujang. Tiada masalah asalkan korang dan pasangan tahu tanggungjawab masing masing.

 

Ada orang kata, wanita yang berkahwin dengan lelaki yang sudah berumur ini bertuah kerana sifat lelaki sebegitu yang lebih penyayang dan romantik berbanding lelaki muda. Ada betulnya kerana lelaki yang sudah berusia pastinya mempunyai pengalaman yang lebih daripada lelaki muda. Itu satu bonus buat korang. Mereka juga dikatakan lebih memahami dan penyabar. Jadi jangan risau dengan kata kata orang lain.

 

Salah satu masalah yang mungkin timbul adalah penerimaan keluarga korang apabila korang berbuat keputusan untuk mengahwini lelaki yang berusia jauh lebih tua. Di sini, korang perlu mengambil pendekatan memujuk keluarga korang supaya menerima pilihan korang tu.

 

Pasangan korang pun perlu ambil pendekatan yang sama. Ambil hati keluarga anda dan tonjolkanlah kelebihan yang ada pada pasangan korang. Buktikan yang pasangan korang adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak akan mensia sia kan korang.

 

Sebagai seorang anak, korang juga kena faham bukan mudah untuk keluarga korang menerima keputusan yang sebegitu. Itu lumrah kerana setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. Janganlah khuatir. Berusahalah sehabis baik supaya keluarga korang dapat menerima keputusan korang.

 

Korang juga perlu belajar untuk ambil hati keluarga pasangan, bukan pasangan saja yang perlu ambil hati keluarga korang. Give and take dalam perhubungan, itu yang terbaik.

 

Wanita bercinta dengan lelaki lebih muda

 

Korang sebagai seorang wanita tetap perlu menghormati kekasih korang biarpun umurnya muda daripada korang. Umurnya saja yang muda, tetapi pasti pemikiran dan perangainya sudah matang kan? Jangan sesekali bertindak seperti bossy atau mempunyai sikap yang suka mengarah.

 

Apabila sudah berkahwin, suami haruslah menjadi keutamaan korang walaupun dia masih muda. Hormati suami dan letakkan kedudukan suami di tempat yang tertinggi. Terima segala pendapat yang dia berikan dnegan hikmah dan berusahalah menjadi isteri yang terbaik untuk suami korang.

 

Seperti yang korang maklum, usia korang lebih tua berbandingnya, jadi korang kena buat usaha lebih sikit untuk menjaga badan agar kelihatan sentiasa cantik dan menarik. Banyak petua petua orang dulu dulu yang boleh korang gunakan tidak kiralah untuk menjaga kesihatan dalaman atau luaran.

 

Selain makan minum suami, kehendak batinnya juga perlu dijaga. Ini sangat penting kerana faktor usia boleh mempengaruhi nafsu seseorang wanita. Atasi perkara itu dengan berjumpa dengan pakar pakar perubatan dan sebagainya. Suami korang pasti akan hargai usaha korang itu.

 

Elakkan sikap suka mengongkong suami. Jangan melayan suami seperti pekerja atau orang bawahan. Suami korang adalah raja di dalam rumah walaupun usia korang lebih tua daripadanya. Tidak dinafikan mungkin korang mempunyai pengalaman atau pangkat dalam pekerjaan yang lebih tinggi daripadanya.

 

Jangan ego dengan apa yang korang ada. Selagi korang bergelar isteri, walau setinggi mana pun pangkat yang korang ada di luar, suami tetap yang utama sekali bagi korang.

 

Jika korang seorang janda yang mempunyai anak, bahagikan masa antara menjaga anak dan suami dengan bijak. Anak penting, suami pun penting, jangan abaikan kedua duanya.

 

Berkenaan dengan hubungan korang bersama bekas suami (jika ada) pula, itu korang perlu berbincang dengan suami korang agar tidak timbul salah faham di masa akan datang nanti. Bercintalah dengan bijak, InsyaAllah korang akan bahagia selama lamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. rudy says:

    bagai manakh? kalau bercinta dgn wanita 10 tahun tua dari sya…adakh ia akn b’kekaln??

    • anje says:

      rudy, kekal atau tidak bergantung dengan takdir dan kententuan tuhan, kalau kita sayangkan hubungan kita, kita kena usahakan untuk kekal dan usahakan ia sampai berkahwin. belajar untuk jadi matang

  2. Matilda says:

    Saya merupakan seorang guru dan sekarang bercinta dengan bekas anak murid sy. Beza kami adalah 10 tahun. Keluarganya tidak menentang tetapi keluarga sy menentang. Utk pengetahuan, sy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak. perkahwinan sy tidak kekal. bagaimanakah untuk mengekalkan perhubungan kami. sy nampak kesungguhan pada bf baru sy ni

  3. pertama dan terakhir says:

    cinta tdk perlu mengenal usia, tetapi isi hati nya

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!