Isu Onani, Masturbasi atau Melancap

Isu Onani, Masturbasi atau Melancap

Onani, Melancap, Masturbasi ~

adalah perbuatan yang bertujuan untuk merangsang anggota sulit si pelaku sehingga datang inzal atau nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan hanya memberi kesan yang buruk pada si pelaku. Arikel ini secara logik dan ilmiah akan membincangkan teknik – teknik untuk mencegah anda dari berterusan ketagih pada perbuatan ini.

melancap masturbasi onani

Antara kesan – kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah:

  • Cepat marah.
  • Tidak ada keyakinan diri.
  • Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu.
  • Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
  • Sentiasa sakit – sakit badan.
  • Hidup dalam angan – angan.
  • Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan.
  • Tidak ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
  • Sentiasa menyendiri dari orang ramai.
  • Lemah dari segi mental dan fizikal.
  • Dan lain – lain lagi.

Kesan  ketagih akibat melancap ini sungguh teruk dan ia menjadikan anda seorang lemah dalam masyarakat walaupun anda tidak mengambil dadah. Ini kerana ia menjadikan anda seorang manusia yang tidak berproduktif sama seperti penagih dadah.

Punca ketagihan Melancap

Puncanya hanya satu iaitu tidak mampu melawan gelora seks di dalam jiwa atau tidak mampu mengawal nafsu seks. Semua manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks. Namun, ia perlulah di lakukan

melancap

dalam keadaan yang normal. Jika anda ketagih melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting yang lain.

Anda perlu kawal dan lakukan hubungan seks secara normal iaitu melakukannya dengan pasangan yang anda kahwini. Sebab itu di dalam islam itu sendiri, jika anda mempunyai keinginan seks dan anda rasa anda tidak mampu mengawalnya, anda perlu berkahwin. Jika tidak mampu berkahwin, anda perlu berpuasa untuk mengekang diri dari terpengaruh pada nafsu seks. Jika anda melancap, ia membawa kepada keburukan. Jika anda melakukan seks ketika berkahwin, anda akan bahagia.

Berikut adalah tujuh tip untuk berhenti melancap

Tip pertama : Berpuasa

Kita tahu ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin. Namun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik. Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu. Ia boleh di lakukan pada bila – bila masa yang anda mahu. Kalau boleh pada setiap masa.

Apabila berpuasa, kita ada kuasa untuk memilih. Di sebabkan anda sering mengikut dan memilih nafsu sebagai teman, nafsu akan sentiasa menguasai diri anda. Apabila berpuasa, nafsu akan jadi lemah dan barulah anda ada kesedaran untuk memilih.

Puasa di siang hari iaitu di lakukan ketika bulan ramadhan adalah latihan yang Allah tetapkan untuk kita menahan nafsu dan wajib untuk kita buat setiap kali bulan ramadhan menjelma.puasa melancap

Orang yang benar – benar berpuasa di bulan Ramadhan akan menghiasi dirinya dengan ibadah – ibadah yang banyak untuk memberi lebih penghayatan pada agama Islam dan mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jika anda berpuasa untuk raya, samalah juga anda ingkar pada perintah Allah untuk berpuasa keranaNya.

Ketika di bulan Ramadhan, anda perlu berpuasa dengan menidakkan nafsu anda. Biarkan nafsu anda menjadi lemah. Ketika hendak berbuka, makan sedikit sahaja. Begitu juga ketika sahur, makan sekadar mengisi perut sahaja. Banyakkan beribadah sunat seperti terawih, baca Al-Quran, zikir dan lain – lain yang anda selesa.

Apabila anda benar-benar fokus berpuasa pada bulan Ramadhan, anda pasti ada kekuatan untuk melawan segala godaan untuk sebelas bulan kemudian iaitu medan sebenar untuk menguji keupayaan anda menahan nafsu.

 Puasa yang sebenar adalah keupayaan kita untuk menahan nafsu pada setiap masa iaitu 24 jam siang dan malam. Puasa adalah jihad yang agung iaitu melawan diri sendiri.  Jadi, setiap kali anda rasa terangsang, anda katakan pada diri anda, anda tidak akan melancap. Anda sabar dan berdoa pada Allah untuk hilangkan rasa tersebut.

Allah memberi manusia akal untuk berfikir yang mana jahat dan yang mana baik. Apabila terangsang, katakan tidak dan menahan. Seperti biasa, apabila anda katakana taknak, nafsu akan memujuk anda dengan memberi godaan yang paling hebat. Fikiran anda akan di penuhi dengan keinginan untuk memuaskan nafsu.

Apabila sampai ke tahap ini, anda hentikan rangsangan tersebut. Jika rangsangan tersebut datang dari komputer, tutup komputer. Anda berdiri dan berjalan  mundar mandir, anda istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain. Jika anda dapati nafsu anda masih kuat menggoda anda, anda lemahkan dia dengan berpuasa dari makan dan minum pada siang hari iaitu puasa sunat dan banyakkan ibadah sehingga anda boleh kawal fikiran anda dari di kuasai nafsu.

Katakan tidak pada aktiviti melancap. Berusaha untuk melawan dengan sepenuh hati melalui aktiviti berpuasa. Nabi Muhammad sentiasa berpuasa siang dan malam. Baginda berpupaya menahan nafsu. Baginda juga seorang yang tenang. Nafsu sangat susah untuk dilawan. Ingat Allah, ingat Muhammad, anda pasti berjaya.

Tip kedua : Senaman

Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan. Adakah anda seorang yang gemuk? Kuruskan diri anda dengan bersukan. Tiada apa yang hendak di malukan jika kita lakukan sesuatu itu untuk diri kita sendiri.

senaman melancap

Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara. Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk.

Di gabungkan dengan tip berpuasa, aktiviti senaman boleh membantu anda untuk lebih bersedia dan kuat apabila di serang nafsu seks. Melalui senaman juga anda akan jadi lebih ceria dan tenang mengharungi kehidupan.Senaman akan meletihkan anda dan anda tidak akan berminat untuk beronani.

Tip ketiga : Seks bukan segala – galanya

Kebanyakan mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas. Namun, apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah. Ketika itulah anda akan rasa menyesal.

Namun, anda perlu fikir kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan. Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa seks bukan kepentingan aku. Di tambah dengan dua tip di atas, anda akan lebih kuat lagi untuk melawan nafsu.

Pindahkan tenaga yang datang dari nafsu ke arah impian anda. Cuba kenal pasti impian anda. Setiap kali anda di rangsang nafsu, anda lawan dengan berkata:

“Seks bukan keutamaan aku, aku ada impian untuk di kejar.”

Selepas sahaja habis berkata – kata, anda terus lakukan apa yang perlu untuk mengejar impian anda.

Tip keempat : Jangan fikir seks sebelum tidur

Apa yang kita fikir sebelum tidur adalah perkara yang paling kita mahu di dalam hidup kita. Anda perlu ubah diri anda dari bahagian yang paling dalam sekali. Orang yang memuji dan terkenang – kenang sifat Allah sebelum tidur, adalah orang – orang yang beriman.tidur melancap

Anda bebas fikirkan apa yang anda suka melainkan perkara yang melibatkan seks. Sebelum tidur, nafsu akan jadi kuat. Ia akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan fikiran anda. Jadi, anda perlu tegas.

Fikiran sebelum tidur adalah kuasa minda yang kuat. Jika anda fikirkan seks sebelum tidur, minda anda akan sentiasa ke arah seks pada setiap masa. Jika anda fikirkan kekayaan, minda anda akan mengajar anda untuk berusaha ke arah kekayaan.

Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda. Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain. Dengan menggabungkan ke – empat teknik termasuk tiga tip sebelum ini, anda mampu melawan nafsu. Tumpaskan nafsu dari semua sudut termasuk dari bahagian paling dalam.

Tip kelima : Jadikan hidup anda ringkas.

Mengikut kajian, mereka yang selalu melancap ini sebenarnya terlalu tertekan dengan kehidupan mereka. Mereka terasa terbeban dan nafsu pula bijak mengambil alih fikiran  mereka dan mengatakan onani akan mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Sekarang, anda tenang dan cuba anda senaraikan di atas kertas kenapa anda tertekan. Senaraikan satu persatu, jujur pada diri anda. Jika anda tidak tahu kenapa anda tertekan, anda tulis apa yang anda hendak jadi.

Jadikan hidup anda ringkas, buang segala tekanan. Jika anda tidak tahan dengar ibu anda berleter, anda hanya perlu fikir ringkas. Ibu anda berleter, bukannya memukul anda. Anda dengar sahaja dan fikir secara logik. Gembirakan hidup anda dan keluar dari kepompong tekanan yang sebenarnya tiada.

Dunia yang anda sangka penuh dengan tekanan adalah ciptaan nafsu anda semata – mata. Di tambah lagi dengan hasutan syaitan, anda sering akan khayal dalam dunia tekanan yang tidak wujud.

Semua manusia ada tekanan hidup masing – masing. Namun, sebagai manusia yang di kurniakan akal fikiran, anda perlulah bijak menggunakan akal yang di beri oleh Allah. Tugas akal adalah berfikir. Apabila anda tekanan atau masalah, anda jangan tertekan sebaliknya tenang untuk hadapinya.

Apabila anda di serang perasaan marah, perasaan serabut dan perasaan ingin merangsang nafsu dengan cara yang salah, anda tenang dan ambil air wuduk untuk memadamkan api yang di nyalakan syaitan dan nafsu. Anda perlu tenang kerana Allah memang sentiasa ada untuk anda.

Tip keenam : Beranikan diri

Apabila anda ingin melepaskan diri dari kancah nafsu yang tidak sihat, nafsu akan mula menakutkan anda. Anda perlu berani dan jangan ragu – ragu dengan tindakan anda. Percayalah, apabila anda hendak berpuasa iaitu tip pertama, anda pasti akan di goda oleh nafsu untuk makan atau melakukan sesuatu yang boleh menaikkan nafsu.mastrubasi

Antara teknik godaanya adalah:

  • Cuba mewujudkan perasaan rugi dalam diri anda untuk tidak makan.
  • Cuba kelirukan diri anda dengan perasaan lapar. Sedangkan kalau anda tidak makan pun, anda tidak akan mati. Ia menakutkan anda dengan perasaan lapar.
  • Syaitan akan menaikkan nafsu dengan hasutan yang teratur terangsang dengan wanita. Padahal sebelum ini anda tidak pernah terangsang dengan wanita tersebut tetapi pada hari ini, anda rasa teringin. Jangan terpengaruh, beranikan diri menahan nafsu.
  • Dan bermacam – macam teknik godaan lagi.

Beranikan diri dan terus bertahan.

Tip ketujuh : Tetapkan matlamat.

Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama – lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut. Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. Memang kadang – kadang kita alpa. Walaupun anda berjaya berhenti untuk 2 hingga 3 bulan, gangguan pasti akan datang juga.

Apabila gangguan datang. Anda kekal dengan rancangan anda untuk berhenti  melancap. Apabila anda kembali melancap, ada satu api pada nafsu anda akan wujud. Api akan berterusan menyalakan nafsu seks anda. Jika anda terlanjur, cepat – cepat bertindak untuk hapuskan api tersebut. Saya cadangkan anda berpuasa.

Kesimpulannya 

Semua orang juga ada buat silap. Apa yang anda perlu buat adalah terus memandang ke hadapan. Anggap sahaja perbuatan lalu anda itu, anda lakukan ketika anda tidak matang dan dugaan buat anda untuk menahan nafsu.

onani

Nafsu akan sentiasa cuba menguasi pemikiran anda. Nafsu akan menyerang pemikiran manusia dengan dua perkara iaitu syak wasangka dan ragu – ragu. Apabila hati anda penuh dengan syak wasangka dan perasaan ragu – ragu, anda akan mula di kawal nafsu.

Syaitan akan berkawan dengan nafsu. Dia akan cuba wujudkan perasaan ragu – ragu dan syak wasangka dalam hati anda. Apabila sudah wujud dua perasaan ini, nafsu akan ambil alih pemikiran anda. Syaitan pula akan pergi kepada orang lain untuk menghasut.

Jika anda tewaskan nafsu, belum tentu anda mampu menahan diri dari hasutan syaitan. Syaitan ini akan sentiasa menghasut. Ketujuh – tujuh tip di atas adalah ramuan yang cukup untuk menewaskan nafsu dan dalam masa yang sama mempertahankan diri dari hasutan syaitan. Selamat mencuba, semoga perjuangan anda di berkati Allah taala.

Artikel : Isu Onani, Melancap, Masturbasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. Berma says:

    Saya selalu buat perkara ni…dah ketagih…dah cuba tahan tapi tak dapat nak elak bila dah terangsang…risau gak ni…

  2. ingin tahu says:

    Saya nak tau macam maner lak kalau si isteri yang tolong melancap si suami…..sebab masa si suami terangsang si isteri x boleh bersama….

  3. parah says:

    saye merupakan pelajar tahun akhir bagi satu institusi.. saya sudah mule melancap dari umur 12 tahun.. saya telah melakukan pelbagai cara untuk berhenti. tapi xpernah berjaya.. tp akhr2 nie. aktiviti nie semakin teruk terjadi kepada saya.. 1 ari kdg2 2 @ 3 kali saya melakukan nya.. kdg2 dalam 1mgu tiap2 hari saya melakukan nya.. dan saya sudah perasaan kesan2 aktiviti ini pada dr saya.. terutama sakit bdan. saya juga mudah hilang tumpuan dan selalu rasa rendah diri.. mcm mne saya nak hindari aktiviti ini jauh dari dr saye?

    • anon88 says:

      pertama sekali, elakkan bersendirian. ke-2, rapat kan hubungan ngan tuhan. ke-3, cari kawan @ orang rapat dn gitau awak nak berhenti. insya-Allah die akan dorong, dan sentiase sokong awak.

      yang paling penting, niat. niat betol2, kalo betol2 nak berhenti. jangan setakat niat kene wat perubahan. dari simpan “koleksi modal”, buang sume nye. dari kerap tgk blue, henti kan tgk blue. kalo setakat niat sahaja, x wat pape, pape pon x kan jadi. okay? :)

  4. heroes says:

    sye terlalu ketagih mengonani at least sehari kena wat 5 kali..

  5. budak spm says:

    kbnykkn yg suka mlncap adalah lelaki tp knp ssh sgt nk brhnti buat bnda nie??? wlaupun sya jrg2x bronani, slpas mlkukan onani sye mnyesal ttpi sye mngulangi prbuatn yang sme jugak…

  6. nakal_69 says:

    saya pun sama macam PARAH. Boleh dikatakan hari2 saya melancap. Macam tak boleh je nak berhenti ketagihan melancap. nakal_69@yahoo.com

  7. hamba says:

    saya ada mengadu pada seseorang yang lebih arif tetapi ketika saya memerlukan sokongannya,dia tiada. Maksudnya,dia sibuk dengan hal urusan dan kehidupannya sendiri seperti saya ni disisihkan. saya mengaku kadang-kadang malu untuk merujuk balik kepadanya tetapi saya memang jenis yang memerlukan sokongan dan dorongan orang. keluarga saya tidak mengetahui hal ini malah saya tak mahu orang tua saya kecewa dengan keadaan saya. jadi,bagaimana? saya amat tertekan kerana setiap kali menghubunginya,tak dapat walau dengan pelbagai cara sekalipun…:(

  8. sejak dulu says:

    saya mula beronani masa darjah 2 dan sekarang umur saya 20 tahun.. pelikan? tp ini hakikatnya. saya hanya mimpi ghairah sebanyak 3~4 kali, setiap hari ada saja saya beronani, ada kala seminggu 7 kali, ada masa seminggu 3 kali.. begantung kpd keadaan.. sekarang ni saya dah nak mula berhenti lepas dapat tau kesannya dan hukummnya… tapi macam mana nak pulih dari kesannya? antara kesannya pancut awal, tak tahan lama… mungkin untuk berhenti sya mampu buat tp bagai mana untuk normalkan diri dari pancul awal dan x tahan lama?

  9. Hisham Bahraldin says:

    Jika mahu bantuan boleh la hubungi saya di nomor 019-6015761. InsyaAllah.. Jangan segan dengan permasalahan ini.

  10. saudagar says:

    asalakumm… saya baru habis bljar dan sekarang nie saya sudah bekerja sebagi executive di sebuah syarikat swasta, saya blh di katakan setiap hari melakukan onani. memang saya dapat rasa kesannya,lemah, malu dgn orang sekeliling,mudah terasa hati,x de keyakinan diri, dan kdang2 kedua2 tangan sering menggeletar tapi x lh selalu.. berbagai cara dh sya buat untuk tidak melakukan onani, tetapi setiap hari sya teringat apa yg telah terlanjur dgn kekasih saya.. saya cuba betaubat tapi saya lemah tidak tahan dengan godaan.. dan teruskan melakukannya.. saya mohon encik hisham bahraldin cuba bantu saya.. saya benar2 hendak meningalkan nafsu onani ini..

    tolong lah saya dalam delima ini.

  11. Razgriz says:

    Assalam korang,
    Tolong la aku! Aku dh bosan melakukan onani! Perbuatan yang samaaa je! Dh bosan! Kenapa aku masih buat lagi????
    Aku start umur 20. Skrnag 23 thn. Smpai bila aku buat mcm ni!! Aku ada dream apa aku nk buat! Tapi aku diganggu perkara membunuh diri sendiri.
    Ya Allah, tolong la aku…mental ku dan keimanan sgt lemah!¡
    Beri la satu tip untuk aku…=(
    Tq
    !

  12. SHAH says:

    dr umur sy 10 thn hingga kini sy onani..bagaimana hendak berhentikan serta mertaa??? sy cuba tp sukar sekali…. st ingat nk tumpukan pd sepenuh kerjaya…. tp sukat tiap2 kali msti nk buat…susuh betul nk buang tebiat ni… apakah ini akan jejaskan seks lps kahwin…ubatan cr traditional leh x pulihkan saraf2 seks dan ini akan jd kpd asalnya…mohon penjelasan …sy msh bujang dan ingin berubah

  13. rash says:

    salam…sya plajar ting.2..taun dpan akn .pmr..sya bru mlancap taun lpas n skarang sdah lbih 50 kli tpi skrang sya dah brenti..ksannya dah mncul pda wajah sya..mcm mna nk hlangkan kesan itu???

  14. Syuk says:

    Dulu sebelum ketagih beronani saya seorang yang suka bercampur dgn org tp skrang baru saya taw knapa sy begitu suka diam diri.. Tips ni akan sy jadikan panduan.. tq

  15. ingin tahu says:

    Saya inginkan kepastian adakah salah bagi pasangan suami isteri melakukan onani sebelum melakukan persetubuhan untuk merangsangkan isteri atau suami terlebih dahulu..terima kasih.

  16. syazwan says:

    Boleh dikatakan setiap lelaki melakukan benda ne..tetapi bila sampai ketahap ketagih.. ini satu penyakit.kena berubat.ada beberapa amalan yang boleh melalikan seseorang dari perkara buruk..

  17. Rozine qhusairy says:

    Takorg tkut dgn ppuan..da nafsu layan sorang..byk kt dunia ni kaum hawa pakai bini kta..klu dh xtahan rajin2 lh crik awek..jgn tkut asyik2 nk melacap je

  18. Rozine qhusairy says:

    Jgn byg kan time nak sex kt drik kta..bila anda byg kan pasti nak melacap..hahaha..from budak sudah jdi bpk dri sarawak..kawal anda mengubah Nya

  19. dyna says:

    AsSalam…
    nk buat mcm ner lg ye bila dh nasihat bbaik, ckp lmbut2, tp hubby ttp mlancap juga…
    bukan x bg layanan…malah layanan yg d beri terbaik….hubby cpt pncut, baru main x smpai bbrape minit…kkdg sy baru nk puas tp dia dh pncut tlebih dhulu…
    pnh gk bbincang kn hal ni…tp xde pyelesaian…smpai satu tahap sy rs mcm dh x bminat nk bsama dia la lbh2 bila tau dia mlancap lg la hilg mood nk bsama…tp sy xde la smpai buat bnda2 xsenonoh diblkg dia plak…
    and one more thing…dia gemar lyn citer blue, xkira cd ke, pic ke, bloglucah ke, smua dia lyn…tp smua tu sy dh buang..wlaupon dia pnh smbunyikn dr pgetahuan sy, sy xde chek brg2 dia, hp ke lappy ke, tp benda tu sndri yg mnonjolkn diri pd sy…scara kbtulan bila sy guna gajet2 dia…kantoi…so sy delete smua…
    jgn ckp la dlm hati ni mmg sakit sgt..tp sy xde sound2 dia mrh2…sy wat dek je…mmula dulu pnh gak dia btnya kt sy mna pegi smua bhn dia, slmber sy ckp dh delete…pdn muka…dia x mrh…tp sy yg mrh dia…smpaikn hubby pnh ckp kt sy yg dia xleh sorok@simpan ape2 dr sy coz 1 day sy msti dpt tau…
    skg ni lg la sng cari bhn…google je smua bleh…dh xtau nk buat mcmner lg…
    smpaikn sy pnh bsuara kt dia jgn smpai dh xleh guna, dh sakit guna bru nk myesal…

    so…klau u olls kt tpt sy, u olls nk buat apa…?

  20. edy says:

    perkara ni che kena ambik serius ,ia melibatkan hal rumah tangga che jd sila kemukakan luahan pada yg lbh arif . antara punca-punca penceraian termasuk isteri tidak puas sex mngikut kajian wanita asia yg dah kahwin memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit sex setiap hari . cuba ubah cara hidup che berdua saling bantu -membantu dlm menangani masalah ini . perkara mcm ni cukup sensitif jika di luahkan pada saudara terdekat , jd luahkan pada yg pakar . sy cadangkan juga anda baca artikel dari dr ismail thamby rasanya perkara macam ni dah di bincangkan di dalam blog-blog… sesiapa yg mempunyai masalah onani juga blh try tips ni kan admin . sebenarnya dah banyak sangat topik kesan onani dan cara atasi masalah onani ni . saya harapkan anda semua berjaya ,amin…

  21. Hamba Allah says:

    Salam…saya pun nak berkongsi tabiat buruk yang telah menghantui diri saya sejak sekian lama..yang telah bertakhta dlm diri sy sejak berumur 16 thun. Melancap pada mulanya buat saya rasa bahagia. Setiap kali ada video blue yang saya download, saya rasa seronok dan happy sb x sabar nk tngk. sampai paling teruk saya download secara premium dgn menggunakan unifi speed untuk video kualiti HD 1080p. Hampir 2TB video berkualiti HD saya miliki. Dan yang paling teruk, saya beli fleshlight (fake vagina) untuk lebih sedap onani.

    Setelah mengenali tunang saya, kesedaran mula timbul. Saya delete semua video tersebut dan membuang fleshlight buatan Amerika durjana buat selamanya. Pada masa yang sama saya install K9Web Protection dalam komputer saya supaya semua web lucah dapat disekat. Malangnya, setelah sebulan tak melancap, saya mula ketagih semula. Sampai sekarang saya masih buat tetapi tidak sekerap dulu. Berlaku sikit perubahan pda diri saya, ALhamdulillah. namun bila dtg waktu gelora, saya tewas. Saya cuba baca quran dan solat sunat, berhasil. tetapi tak lama. sekejap je. pastu dtg balik. Cuma temph onani tu sudah tidak sekerap dulu.

    Bila baca blog ni, baru saya tahu. Bila dtg gelora nafsu, perkara yang paling penting (1) Bersabar dan berjihad (2) Ingatkan matlamat hidup kita iaitu mendirikan rumah tangga secara sah dan diredhai Allah. Insya Allah,sekiranya Allah SWT redha dgn azam dan tindakan saya untuk berubah, saya akan cuba sedaya upaya dgn memperbanyakkan amal ibadah dan bersosial. Kerana sebesar2 jihad adalah jihad melawan nafsu. Wallahualam.

  22. boo_yaa says:

    saya start beronani dari umur 9tahun.. saya dah tertagih dengan nie…sekurang kurangnye satu hari saya akan buat 5kali…. saya takut ia akan menjejaskan masa hadapan saya….saya tak ada sesiapa disini utuk diberi sokongan…perlukan bntuan……

  23. romeo says:

    saya selalu ketagih seks kerana tekanan masu lalu tolong saya selesaikan masalah saya sedihnya

  24. romeo says:

    Helo saya dah la ada sakit kepala sya kena sakit kepala tahun 2009 sampai saya selalu pergi hospital neuro pysokologi tambah pulak masa lalu kuat seks aduh…… Pening.sakit kepala saya boleh dengar suara pompuan bercakap aduh…… Sedihnya :( kuat nafsu punca masa lalu…….. :( lagi pulak dengar suara pompuan pulak sedihnya rasa kecawa,rendah diri,hilang keyakinan,kerja pun sekarang dah malas. saya usaha saya lawan kadang2 terbabas juga kerana suara sya dengar suara pompuan aduh……sedinnya :( macam mana nak selesai masalah saya duit takde nak kawin pun susah :( nafsu lagi suara lagi.

  25. azoy says:

    salam.sye start onani 13tahun skarang umur sye 15 tahun.sye xleh nk henti onani susah untuk sye berhati kadang2 sye nmpak coli jiran sye ambil buat gosok kote sye adu dosa nye sye…

  26. Nazirah says:

    Saya seorang ibu kepada seorang anak lelaki umur 14 tahan. Saya pernah teelihat anak saya melancap dibiliknya tapi saya tak hiraukan. Saya termampak kali kedua dia melancap di hotel ketika melancong di singapura. Setiap pagi saya perasan ada bekas airmani kering di seluardalamnya. Kami tinggal berdua sahaja. Bantu saya untuk selsaikan masalah in email di nazz_master@yahoo.com

Trackbacks untuk post ini

  1. Koleksi lancap | Calicastillo

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!