Fakta mengenai keguguran

Fakta mengenai keguguran

Ditulis oleh: Staff

Topik: Anak


  

Definisi

Keguguran atau pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya atau menyebabkan kematiannya.

Jenis-jenis Keguguran

Keguguran spontan – Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:

• Replika kromosom yang tidak normal

• Faktor alam sekitar

• Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan

 

Keguguran Perubatan (terapeutik) – Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan seperti berikut:

• Bagi menyelamatkan nyawa ibu

• Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu

• Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk

 

Keguguran secara paksaan – Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas kehendak sendiri disebabkan:

• Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi

• Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran

• Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan• Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif

 

Cara-cara pengguguran secara paksa dilakukan:

keguguran

fakta keguguran

Pengguguran perubatan (Medikal)

• Juga dikenali sebagai pengguguran kimia

• Bahan yang biasa digunakan adalah mifepristone dan prostaglandins, biasanya dilakukan di peringkat awal kehamilan

 

Pengguguran pembedahan (Surgikal)

• Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik – menggunakanmesin elektronik) – bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu

• Dilatasi dan pengkuretan (D&C) – bagi usia kandungan 15-24 minggu

• Dilatasi dan penarikan keseluruhan bayi – bagi usia kandungan melebihi dua puluhempat minggu

 

Komplikasi pengguguran secara paksaan

• Pangkal rahim terkoyak•

Tertembus rahim•

Pendarahan teruk

• Jangkitan pada organ pembiakan

• Kemandulan

• Kematian – disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitanyang tidak terkawal

 

Isu berkaitan dengan pengguguran secara paksaan

Pengguguran secara paksaan telah menimbulkan banyak perbahasan dan perhatian dikalangan masyarakat yang melibatkan aspek:

• Etika

• Akhlak

• Falsafah

• Biologi

• Agama

• Undang-undang

Pendapat masyarakat terhadap pengguguran secara paksaan dibahagikan kepada duakumpulan utama:

• Kumpulan yang memilih keguguran – Menyokong pengguguran kerana ia memberi kebebasan kepada wanita membuat keputusan mereka sendiri mengenai hal-hal reproduktif

• Kumpulan menentang keguguran – Menentang pengguguran dan menganggap pengguguran adalah zalim dan membunuh janin yang berhak untuk hidup

 

Peringatan

Remaja yang hendak menggugurkan kandungan dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendapat khidmat nasihat daripada orang dewasa yang boleh dipercayai atau anggota kesihatan yang terlatih. Pengguguran adalah HARAM di Malaysia kecuali atas sebab-sebab perubatan. Setiap individu mesti sedar, pengguguran tanpa sebab perubatan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia (Kanun Jenayah / Penal Code).Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan fatwa mengenai pengguguran boleh melayari Keguguran : efatwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. rozie says:

    Ubat paling sesuai utk buat pengguguran hamil???

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!