Dua nasihat untuk bakal pengantin

Dua nasihat untuk bakal pengantin

Ditulis oleh: Staff

Topik: Nasihat & Doa

Nasihat untuk bakal pengantin

Sekarang ini, ramai pasangan berkahwin tetapi tidak nampak seperti sedang berkahwin. Ini terjadi kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk  berkahwin tetapi ingin berkahwin. Untuk elakkan perkara yang tidak di ingini berlaku pada anda dan pasangan anda selepas berkahwn, banyak perkara yang anda perlu pelajari dan fahami. Alam perkahwinan bukan perkara yang boleh dilakukan sesuka hati dan tanpa persediaan yang rapi. Memang amatlah mudah untuk melafazkan kata-kata cinta dan seterusnya ke jinjang pelamin untuk bergelar pengantin atau bakal pengantin namun adakah anda sudah bersedia sepenuhnya memikul tanggunjawab sebagai suami dan isteri? Memang banyak perkara yang anda perlu pelajari bersama dan dengan itu pastikan anda terus belajar makna disebalik berumahtangga. Ada beberapa perkara asas yang anda perlu ketahui sebelum bergelar bakal pengantin.

 Nasihat untuk bakal pengantin

Kenal siapa pasangan anda sebenarnyabakal pengantin

Bercinta dan berkahwin adalah dua fasa yang berbeza. Apabila bercinta, anda lebih nampak luaran dia berbanding dalaman si dia manakala ketika berkahwin, anda berdua akan hidup bersama. Jika anda tidak kenal siapa sebenarnya pasangan anda, anda akan rasa sukar untuk menerima dia ketika hidup bersama nanti. Anda perlu tahu apa kebaikan dan keburukan dia secara serentak, barulah anda akan boleh terima dia seadanya. Menerima seadanya bukan semata-mata pada paras rupa, kerana sedarlah bahawa rupa bentuk seseorang akan di mamah usia. Oleh itu singkaplah “kecantikannya’ atau ‘handsome” si dia dari hati. Berusahalah untuk memahami hati dan budi perkertinya. Mereka yang telah berjaya jatuh cinta sebenarnya adalah mereka yang mengenali hatinya. Dengan itu semua yang ada persediakan untuk bergelar bakal pengantin adalah berpunca dari cinta hati si dia. Itulah kunci utama untuk ke alam perkahwinann anda berdua.

Selain itu, bagaimana anda hendak cari keserasian jka anda tidak kenal hati siapa pasangan anda. Anda perlu kenal dia, baru anda akan tahu samada anda serasi atau tidak. Jadi jangan mudah terpedaya atau tewas pada paras rupa, berusahalah untuk cuba menyingkap kecantikan hati budinya.

 

Perlu ada komitmen

Perkahwinan bukannya perkara main – main. Anda perlu ada komitmen untuk menjayakannya, barulah anda berdua akan bahagia. Jika anda tidak memberi komitmen yang sepatutnya, hubungan anda berdua pasti akan di landa ombak besar dan mudah karam akhirnya. Anda perlu tahu sepenuhnya tanggungjawab anda apabila berkahwin kelak. Apabila pasangan anda minta komitmen dari anda, anda perlu beri. Beri dengan sepenuh hati. Komitmen dalam bergelar bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga adalah perlu besar dan tidak boleh berpatah arah. Jika tidak, anda akan berpisah jua akhirnya. Komitmen tidak mengenal erti jemu dan bosan. Oleh itu, jangan anda pernah mengeluh atau ‘fade up’ dengan situasi tersebut kerana itulah tanggungjawab yang perlu anda pikul bergelar seorang pengantin baru.  Mendirikan rumahtangga bukan semudah yang disangka, oleh itu ukur dahulu tahap komitmen anda baik dari segi tanggunjawab terhadap kewangan dan status keikhlasan cinta anda.

Kedua – dua perkara di atas penting untuk memastikan permulaan perkahwinan anda berdua dapat di jalani dalam keadaan bahagia dan tenteram.

 

nasihat untuk bakal pengantin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!