Cara cara elak bercinta dengan suami orang

Cara cara elak bercinta dengan suami orang

Ditulis oleh: Staff

Topik: Nasihat & Doa

Salahkah bercinta dengan suami orang? Mungkin pada sesetengah orang ianya tidak salah tetapi pada kebanyakkan orang, ia adalah perkara yang sangat perlu dielakkan. Benar, kita tidak akan boleh melawan takdir tetapi sebelum itu kita seharusnya berusaha sehabis baik untuk mengelakkannya dari berlaku kan?

 

Jangan salahkan takdir jika kita tidak cukup berusaha. Tidak ada wanita dalam dunia ini yang ingin dimadukan. Sakitnya bila cinta dikhianati suami tiada siapa yang tahu melainkan si isteri itu sendiri. Anda sebagai wanita, sanggupkah bergelar perampas suami orang?

 

Sanggupkah anda hidup bahagia di atas penderitaan dan air mata kaum sendiri? Ada sesetengah perempuan sanggup, tetapi saya tahu kebanyakkan dari wanita lain pasti tidak mahu bercinta dengan suami orang kan? Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan anda semua dari bercinta dengan suami orang.

 

Orang kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tiada alasan untuk anda jadi seorang perampas jika anda sudah berusaha sedaya upaya untuk mengelak dari bercinta dengan suami orang. Ada sesetengah wanita sebenarnya tidak cukup berusaha lalu menyalahkan takdir. Ada juga sesetengah wanita yang memang mahu mengahwini suami orang atas alasan lelaki itu sudah stabil dan boleh menanggungnya.

 

Tetapi, jika anda adalah seorang wanita yang tidak mahu hidup bahagia atas penderitaan wanita lain dan tidak mahu tertipu, ada beberapa tips yang boleh anda ikut untuk mengelakkan diri dari bercinta dengan suami orang.

 

Siasat latar belakang kawan lelaki

 

Semasa dalam tempoh berkawan, anda seharusnya bertemu dengan macam macam lelaki. Apa yang anda perlu lakukan setiap kali ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan seorang lelaki adalah menyiasat latar belakang kawan anda itu.

 

Tetapi ini tidaklah bermakna anda harus jadi stalker yang menyiasat setiap perkara yang dilakukannya seperti seorang yang psiko. Anda hanya perlu selidik latar belakangnya. Siapa kawan kawannya, adakah dia sudah mempunyai pasangan? Apa pekerjaan dan di mana tempat kerjanya?

 

Perkara perkara begini perlu anda ambil tahu jika anda membuat keputusan untuk berkenalan dengan dia secara rapat lagi. Ini juga adalah sebagai langkah berjaga jaga untuk mengelakkan anda ditipu.

 

Anda sebagai wanita juga harus tahu bahawa ada sesetengah lelaki sangat bijak melindungi status sebenar mereka. Jadi jika anda berkenalan dengan lelaki jenis ini, agak sukar sedikit untuk mengetahui sama ada dia sudah berkahwin ataupun belum.

 

Tetapi ada tanda tanda yang menunjukkan si lelaki sebenarnya sudah berumahtangga. Contohnya seperti, dia adalah seorang yang misteri, apabila dia berada bersama anda dan telefonnya berdering secara tiba tiba, dia tidak mengangkat panggilan itu, dia selalu berada di luar kawasan dan anda tidak boleh menghubunginya serta dia menggunakan kata kata yang sangat manis. Awas dengan tanda tanda ini. Siasat betul betul latar belakang kawan lelaki anda sebelum terlambat.

 

Jangan mula berkawan!

 

Bila sudah tahu dia sebenarnya adalah suami orang, jangan lanjutkan perkenalan anda dengan dia ke peringkat yang lebih tinggi. Cukuplah dengan sekadar menjadi kenalan. Anda tidak perlu menemaninya makan tengahari berdua sahaja atau menjadi tempatnya mengadu masalah.

 

Dia sudah ada isteri, isterinya sepatutnya mendengar semua masalah dia, bukannya anda! Jangan sesekali anggap, “alah takpe, cuma berkawan biasa saja”, kerana ia akan menimbulkan fitnah. Lelaki seperti itu banyak helahnya. Dia akan menggunakan bermacam cara untuk membuatkan anda cair kepadanya.

 

Dia ada pengalaman. Sudah tentu dia tahu cara untuk menjinakkan hati wanita. Saya pasti anda adalah wanita yang bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan kata kata manis kan?

bercinta-suami-orang

Beri peluang kepada lelaki bujang

 

Jika sebelum ini anda pernah kecewa dengan lelaki bujang, jangan sesekali beranggapan anda boleh hidup bahagia bersama suami orang pula. Lelaki tetap lelaki. Lelaki bujang dan yang sudah berkahwin cuma berbeza dari segi pengalaman. Itu sahaja.

 

Tidak semua lelaki jahat. Begitu juga dengan wanita. Berilah keutamaan pada lelaki bujang. Memanglah lelaki bujang tidak berpendapatan besar seperti suami orang, kerana yang bujang itu baru hendak membina hidup. Anda tidak harus membandingkan kerjaya lelaki muda dan yang sudah berusia.

 

Pastilah ada banyak bezanya kan? Ada banyak lagi lelaki bujang yang boleh menyayangi anda seperti yang anda mahukan. Jangan hanya melihat kepada materialistik semata mata. Jika anda membuat keputusan bercinta dengan suami orang, anda harus banyak makan hati dan berkorban. Nak tahu kenapa? Kerana dia sudah mempunyai isteri yang pasti menjadi keutamaan untuknya berbanding anda.

 

Ambil pengajaran dari kisah wanita yang bercinta dengan suami orang

 

Menjadi yang kedua tidak sebahagia yang anda bayangkan. Jika anda benar benar boleh berkorban dan tidak kisah mengalah, maka silakan. Anda boleh menjadi isteri kedua. Jika tidak, saya nasihatkan jangan kerana anda akan makan hati. Poligami dalam Islam dibenarkan tetapi ia tidak digalakkan.

 

Jika isteri pertama beri kebenaran dan tidak kisah bermadu tiada masalah. Tetapi jika dia enggan? Adakah anda sanggup bermusuh dengan madu anda untuk tempoh berpuluh puluh tahun lamanya? Tidak penatkah anda berebut suami? Ada poligami yang benar benar bahagia, tapi jumlah hanya sedikit. Sebagai seorang wanita, biar redha macam mana pun dia, pasti akan ada rasa kecil hati dan terluka. Itu hakikat.

 

Bayangkan anda berada di tempat seorang isteri

 

Bayangkan anda berada di tempat seorang isteri dan suami anda meminta izin kepada anda untuk bernikah satu lagi. Apa perasaan anda? Sanggupkah anda bermadu? Itu semua terpulang pada anda, tetapi nasihat saya, fikirlah betul betul sebelum membuat keputusan.

 

Di akhir nanti, hanya anda yang akan menanggung semuanya sendiri. Jika anda benar benar kuat dan tabah, ia mungkin tidak akan menjadi satu masalah buat anda. Fikirkan juga penerimaan keluarga anda. Bolehkah suami anda nanti bersikap adil? Bagaimana tentang pembahagian hari hari dan sebagainya. Terlalu banyak yang anda perlu fikir sebenarnya. Tapi apa apa pun, ingatlah bahawa jika kita menyakiti hati seseorang, satu hari nanti orang lain akan menyakiti hati kita pula.

 

Artikel ini tidak berniat untuk memperlekeh atau menolak hukum poligami dalam Islam. Cuma ia sebagai satu langkah untuk mengelak kaum wanita menjadi mangsa tipu daya sesetengah lelaki. Berusaha sepenuhnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi, barulah selepas itu anda boleh meletakkan salah di tangan takdir.

 

Jangan guna alasan takdir untuk menutup sesuatu kelakuan yang anda lakukan dengan sengaja. Orang kata, lebih baik mencegah sebelum keadaan menjadi parah, jadi anda harus berusaha sepenuhnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Berhubungan dengan suami orang memang indah pada permulaan, tapi ada risiko besar yang harus anda tanggung nanti. Satu soalan saya kepada anda, jika dia boleh menduakan isterinya, pasti dia tidak akan teragak agak untuk ada yang lain pula lepas ni kan?

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. naziera elsa says:

    tapi bagaimana pula isteri orang yang bercinta dengan suami orang

    • Akmal rouk says:

      haii zira..masalah isteri org bercinta dgn suami org,byk di dgr skrg ni…punca mane2 yg mulakan dlu…masalah diri sndri@ si dia yg mulakan dlu…skrg ni semua dunia duit,kemewahan,harta benda..ape2 nk saje ,boleh dpt…mugkin keadaan rumahtaga yg bina makin pudar kerna kerjaya @ salah faham pasanagn tersebut…hak sendri yg menentukan hidup anda…selamat menjaga diri anda …

  2. Siri.. says:

    Wahai wanita yang Bergelar ISTERI, jaga la Suami dengan baik, layan Suami dengan baik, ni pn salah satu cara utk elak laki cari org lain Dan boleh mengelakkan pempuan bujang or perempuan yg dah kahwin bercinta dengan Suami u’ll..

  3. ina says:

    saya dalam dilema..mencintai suami org..sy ibu tunggal anak 2..alasan dia utk kawin utk dptkan zuriat sendiri kerana isterinya sememangnya tidak dpt mengandung di sbbkan masalah kesihatan..salahkah sy menerimanyer sbb kasihankan dia yg beria mahukan anak…sy serba salah sbb isterinya tidak izinkan dia berkahwin..apa yg sy harus lakukan..lupakan dia or terus menunggunyer?

    • Akmal rouk says:

      salam si anda yg sudi kongsi masalah..jika hati mahu kawin lain,cari yg single..jika x mahu timbul ape2 masalah yg x tahu akan berlaku ke depan…masalah tidak boleh mengandung,boleh di atasi..byk cara ubat yg boleh buat masa kini..jika isteri 1 tidak setuju utk si laki berkawin dgn anda,kena terima kenyataan tersebut..anda haruslah berterus terang dgn si dia…supaya dia faham situasi dia dan anda…selamat mencuba…

  4. atie says:

    bagaimana pula dgn suami yg mengaku telah melakukan zina? perlukah sang isteri mentaatinya lagi walaupun hati sang isteri ni telah hancur luluh?

    • Akmal arouk says:

      alor ati…jika suami telah melakukan zina,haruslah dia yg menaggung dosa itu sepnjg hayat hidupnya walaupun si isteri tahu perbuatan terkutuk itu…jika si isteri tahu,,adakah dia sangup perpisah dgn suaminya yg telah lama berkawin dgn anak yg ramai dgn isteri pula yg tidak bekerja…semua bergantung pd suami anda…fikirkan sejenak dan renugkan bersama…dunia hanya sementara saja..keseronokan anda hanya hari ini saja,,esok xtau apa yg berlaku…tank u…

  5. adek says:

    sang isteri x pernah curang tp sang suami mengaku sendiri dgn isterinya bahawa si suami telah melakukan zina dgn janda ank lapan? si suami juga ingin menebus kesalahannya dengan ingin mengahwini janda tersebut walaupun menyedari dirinya x mampu…….sebagai isteri apa yg harus dilakukan? adakah masih perlu mentaati suaminya? sang isteri merelakan suaminya kepangkuan janda tetapi perlu melepaskan si isteri terlebih dahulu tetapi suami yg ego enggan melepaskan si isteri?

    • Akmal arouk says:

      alor adek…jika suami telah berzina..dosa harus di tangung smpi hayat hidupnya..jika suami ingin menebus dosa tersebut,dptkan nasihat dr mane rakan or org yg lebih pengetahuan dr anda..adakah anda isteri rela lepaskan suami anda utk kawin dgn janda tersebut jika anda sudah ada 6 7 org anak serta anda x bekerja…ni semua boleh berunding sesama sndri..faham masalah,,boleh settle..selamat mencuba…

  6. sue says:

    saya skrg dilema kerana saya bercinta dgn suami orng,ada kah saya perlu teruskn hbgn ini atau pun tidak.sedangkan dia adalah first love saya yang dak pernah diputuskan sehingga ke ari ni cumanya kami lost contact ja.

  7. Akmal arouk says:

    alor sue..sblm mencuri hati seseorang,,pastikan biodata diri si dia..kenal pasti apa yg ada,apa yg tiada..ape yg perlu di hati anda..jika si dia suami org lain,knape sejak dulu lg anda tidak berundur diri jauh dr si dia..cinta hanya mainan berkasih hati saja..ia hanya utk merelakan ssesama hati utk berlayari perasaan diri..jika anda bijak berfikir,,buatlah mane yg anda rasa bijak utk diri anda…berterus terang lg baik dr berterus sambung dgn si dia…selamat berusaha utk anda…

  8. linda says:

    Adik saya mempunyai kekasih di sekolah yg sama dgnnya.kekasihnya tidak mahu melepaskannya walaupun tahu isterinya tidak bersetuju.

  9. hamba Allah says:

    sekiranya tidak terkena pada diri sendiri, mmg mudah untuk sesiapa berkata-kata…. walau elak macam mane sekalipun, sekiranya itu yang tertulis dlm takdir Allah, pasti akan berlaku jua… tidak semua perempuan yang menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat itu perampas dan berniat untuk hidup bahagia atas penderitaan org lain… setiap yg berlaku ada hikmahnya… hanya mereka yang melaluinya saja yg faham akan situasi yg mereka alami… Wallahuallam…

  10. melati says:

    salam…saye pun dalam dilema…saye seorang ibu tunggal berumur 29tahun dan mmpunyai 2 anak prempuan..suami meninggal tahun lalu genap setahun….skarng dtmpat kerja saye ramai yang hendakkan saye.sumenyer suami orang. saye xnak kawin tapi ade sorang tu slalu mganggu saye. stiap hari sampai sye kdgkale rase meluat..suami orang pulak tu..kononyer ustaz..tetapi saye tahu jawapannye saya takkan kawin dengan suami orang…masalahnyer saye takut saye terpengaruh dgan sikap dan usikan nyer stiap hari..adeje prkare yang ingin di bualnyer. memang die baik tapi saye malu degan rakan-rakan sekerja dan ade yang myindir rase ingin tukar tmpat kerje je..macam mane sye bk buat…

  11. iela says:

    Sy pun dlm dilema.. Sy bercinta dgn suami org.. Tp dia jgk bekas kekasih sy…diorg kawin dl pun sbb wife dia ambik ksmpatan atas mslh kami mase tu.. smnjk dia kawin.. Dia sntiasa mncari sy… N selalu nya bila si isteri tau.. Dia akan pergi ke si isteri sbb syg kan rumah tangga.. Plg lama dia x mncari sy adlh 4 bln.. N skrg dia mncari sy lg.. Krn syg kn dia.. Sy bg peluang wlupun sy tau itu salah…skali lg kantoi.. N wife dia mngamuk dan tnye knp msti curang dgn sy bkn dgn org lain…tp kali nie dia ttp dtg pd sy wlupun wife nye da tau psl kami…sy pnh cuba berundur tp dia ttp akan wat mcm2 untk cari sy.. Hingga klu xdpt call hp.. Dia akan call terus ke tmpt keje untk cari sy… Leh x bg pndgn tntg mslh sy nie……

  12. ila says:

    Salm.. Sy juga ada penglmn brcnta dgn suami org.. Pd awlnya memg sy x thu tntg sttusnya tpi ada perkara yg mmbuatkan sy curiga.. Slps sy siasat sememgnya dia dh pon brkhwin n mmpunyai ank.. Mse bercinta sy terbuai dgn ayt dn kata2 manisnya.. Sy kecewa dgn dia yg tlh byk bgi hrpn pd sy utk hdp brsme. Memg sush utk sy lupakan dia tpi sy tau sy perlu mngglkn dia utk mnjga hti byk phk.. Sy x mhu keadaan mnjdi lbh truk slps kami brkhwin..

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!