3 Perkara Yang Diperlukan Oleh Suami

3 Perkara Yang Diperlukan Oleh Suami

Ditulis oleh: Staff

Topik: Tips Bahagia

Suami merupakan seorang lelaki yang kelihatan kuat dan tegas dari luarannya, namun pasti ada sisi lembut atau sisi dalamannya yang memerlukan sesuatu daripada isterinya bagi memenuhi keperluan dirinya. Semua keperluan ini penting untuk setiap isteri tahu dan ambil berat agar suami dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi kepada mereka.

Kepercayaan

Suami amat memerlukan kepercayaan dan penghormatan daripada seorang isteri terhadap dirinya. Hal ini kerana, semua pengorbanan yang dilakukan oleh suami adalah bertujuan untuk mendapatkan penghormatan dan kepercayaan daripada isterinya sendiri.

Semua pengorbanan tersebut semestinya memerlukan masa, tenaga dan fikiran yang banyak daripada suami. Jadi, tiada salahnya untuk suami mendapat kepercayaan daripada isterinya sendiri. Namun, jika isteri masih tidak sedar akan keperluan untuk mempercayai suaminya sendiri, sudah tentu ini akan merosakkan semua rancangan suami yang menaruh harapan kepada isteri untuk mempercayainya.

suami

Penghargaan dan pujian

Sebagai seorang suami, dia semestinya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh bagi memenuhi keperluan kebendaan dengan anggapan bahawa dia melakukan semua ini hanyalah untuk isterinya. Semua pemberian ini yang diberikan oleh suami semata-mata untuk membahagiakan isteri dan keluarganya dengan sentiasa memberikan perhatian dan perlindungan kepada mereka sepatutnya diberikan penghargaan oleh isteri.

Tunjukkanlah penghargaan dan pujian kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan. Seorang isteri perlu menunjukkan rasa terima kasih kepada suami, mengakui segala ucapan dan perbuatan suami dengan baik, serta menghargai pendapat, fikiran dan cadangannya. Jangan sekali-kali mengatakan bahawa dia langsung tidak pernah memberikan apa-apa dalam perhubungan mereka.

Sokongan dan kata-kata semangat

Seorang lelaki sebagai suami sentiasa mahu menjadi seorang ketua yang kuat dan tegas seperti yang diingini oleh isteri. Suami akan sentiasa berusaha untuk mempertahankan sifatnya ini di mata isteri. Namun, untuk mengekalkannya sifatnya itu, suami memerlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada isterinya untuk mereka terus kuat dan tabah bagi mengurus dan mempertahankan keluarganya.

Dorongan semangat yang diberikan oleh isterinya akan menguatkan tekadnya untuk sentiasa tabah, mendorongnya dalam menghadapi segala rintangan dengan pendirian yang kuat untuk terus berjaya. Apabila suami menghadapi saat-saat kegagalan, teruslah berada di sisinya dan berkata kepadanya bahawa dia telah melakukan yang terbaik dan termampu untuk kebahagiaan mereka. Dengan sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh isteri, suami akan bertambah semangat dan gigih bekerja demi keluarga tercinta.

 

Oleh hal yang demikin, teramatlah penting buat seorang isteri untuk terus berada di samping suami tidak kira ketika senang atau susah. Berikanlah kata-kata semangat dan sokongan sepenuhnya dalam setiap perkara yang dilakukan suami. Mereka sangat memerlukan sokongan daripada isteri mereka sendiri kerana semua perkara yang dilakukan oleh suami hanyalah untuk kesempurnaan dan kebahagiaan perkahwinan mereka juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments Untuk artikel ini Kami sudi mendengar luahan anda.

  1. saeda says:

    ketiga2 dah buat, tp suami sy tak pernah buat ketiga2 ni utk saya. saya byk ajak bincang dgn dia, tapi selalunya tida kata putus sebab dia tak pernah kongsi apapun maasalah dgn saya. saya rasa dia tak hargai sy sbg isteri. whats point kawin tp semua mslah, suka dukanya dia tak kongsi dgn saya? dia kongsi dgn siapa ? itu saya tak faham maslah org lelaki ni.
    dengan berdiam diri / mengunci kata tu blh selesaikan semua masalah ke? pada pndgn sya la, suami isteri harus share semuanya. bukan simpan ketat dlm fikiran, n share dgn keluarganya sj.si isteri tak tahu apa masalahnya klu suami jenis pendiam / berahsia tak kena tempatnya.

    • Staff says:

      Tidak semua suami seperti itu dan berkemungkinan adalah disebabkan sifat perbadi suami puan seperti itu, cara terbaik untuk masalah ini adalah dengan mendapatkan nasihat kaunseling. Cara ini adalah lebih baik jika usaha telah dilakukan tetapi tidak mendapat kerjasama.

Tinggalkan KomenInilah peluang anda untuk berkongsi!