Percuma

Lebih 50 ebook pendidikan seks & kesihatan terkini berkualiti untuk anda.
Koleksi Ebook Seks

Masukkan email & nama
untuk memuat turun.
Email:
Nama:

                         

Popular Minggu Ini

  
Soal Jawab : Risau Kesan Menggunakan Kondom

Soal Jawab : Risau Kesan Menggunakan Kondom

Wednesday, November 10th, 2010

Risau Kesan Menggunakan Kondom

SOALAN:

SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Ketika bersama isteri, saya selalu guna kondom kerana ia dapat melambatkan pancutan air mani. Soalan saya, adakah penggunaan kondom yang kerap memberi kesan sampingan kerana kondom mempunyai sejenis minyak?

SYAH,Raub, Pahang

JAWAPAN :

Sebahagian besar lelaki yang mendapati menggunakan kondom sebagai kaedah merancang keluarga dapat meningkat atau melambatkan masa bersama, akan kekal menggunakannya walaupun tiada hajat untuk merancang keluarga.Jika ini berlaku, ia menjadi cabaran untuk mereka, iaitu kedua-dua pasangan suami isteri, terutama apabila ingin menambah bilangan anak.Selain itu, tiada apa-apa masalah dengan penggunaan kondom.‘Minyak’ yang dimaksudkan itu bukan minyak, sebaliknya ia pelicin ‘silikon’ yang memudahkan gerakan kondom ke dalam faraj, selain mengelak alahan kepada pemakai dan pasangan.Bagi yang ingin kekalkan kesan kondom untuk melewatkan ejakulasi, anda boleh mengunakan cincin penambat zakar atau ‘penile ring’ yang kini banyak di pasaran.
Anda boleh sarungkan cincin berkenaan ketika ereksi, dan dengan cengkaman yang anda dapati daripada cincin itu anda boleh mengunakannya sebagai penghalang pancutan air mani terlalu cepat. Cincin ini ada dalam beberapa jenama.

Dipetik dari;Harian Metro Malaysia

2 Reviews

  1. Hawa says:

    Adakah dengan onani dpt memecahkan dara seorang gadis ?

Balas Komen

Kedai seks diperakui dan dipercayai secara online.

kuatbatin.com